top of page

PENGENALAN

Kesusasteraan Melayu tradisional kaya dengan khazanah tetapi belum dimanfaatkan sepenuhnya bagi tujuan peradaban. Salah satu daripada komponen kesusasteraan Melayu tradisi yang penting adalah teks historiografi Melayu. Walaupun sudah banyak kajian dilakukan namun ia masih belum digunakan secara sepenuhnya untuk dijadikan kerangka berfikir oleh masyarakat Melayu pada masa kini. Contohnya ketokohan serta pemikiran tokoh-tokoh seperti Hang Tuah dan Tun Perak tidak diangkat pada masa kini.

 

Maka amat wajar teks historiografi dikembangkan bukan sahaja dalam bentuk isi pengajaran di dalam bilik kuliah tetapi boleh juga dikembangkan dalam maklumat yang lebih jelas melalui bentuk seminar supaya maklumat tersebut boleh dimanfaatkan oleh semua pihak. Pembikinan filem Merong Mahawangsa adalah satu contoh bagaimana karya historiografi ini boleh dikembangkan melalui kepakaran dalam bidang-bidang lain seperti perfileman dan pementasan.

 

Justeru dengan usaha membawa teks historiografi Melayu melalui persidangan dijangka dapat merealisasikan usaha untuk mengetengahkan kesusasteraan Melayu historiografi ini dengan lebih meluas dalam kalangan masyarakat tempatan dan antarabangsa. Untuk itu program Kesusasteraan Melayu, Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengambil inisiatif untuk mengadakan satu Persidangan Antarabangsa Historiografi Melayu dengan objektif-objektif yang ditetapkan.

  1. Membincangkan pelbagai aspek berkaitan karya historiografi Melayu untuk kepentingan pembangunan peradaban Melayu masa hadapan.

  2. Membentuk jaringan kerjasama dengan pelbagai pihak bagi mengembangkan potensi karya historiografi Melayu ke dalam bidang-bidang lain.

  3. Mengumpul ahli sarjana, pencinta sastera, bahasa dan sejarah dalam forum akademik untuk mengembangkan bidang ilmu kesusasteraan Melayu bagi kepentingan masa depan.         

OBJEKTIF

bottom of page